Tuesday, July 3, 2007

Selesaikan segera isu CTOS

Pendapat

LETUSAN tindak balas seminggu dua ini daripada pembaca berhubung isu CTOS Sdn. Bhd., yang dilabel sebagai telah menganiaya rakyat Malaysia kerana memberi maklumat kredit tidak tepat saya simpulkan amat menarik.

Kenyataan demi kenyataan daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas serta peringatan kepada CTOS oleh Timbalan Perdana Menteri supaya syarikat penyedia maklumat kredit itu menyalurkan maklumat kewangan terkini.

Saya mengetuai jabatan kredit di sebuah syarikat perdagangan yang disenarai di Papan Utama Bursa Malaysia yang mengguna khidmat CTOS Sdn. Bhd. sejak tahun 2002. Dalam penilaian kredit kepada bakal pelanggan, rekod kredit yang baik menjadi antara syarat-syarat yang perlu dipertimbang. Di sebalik borang permohonan dan kertas kerja yang dihantar oleh bakal pelanggan, kami cuba memperoleh maklumat dari sumber lain.

Membincangkan pengertian kredit runcit (retail credit) secara umum di negara kita ia boleh dibahagi kepada dua iaitu pinjaman dalam bentuk wang ringgit seperti pinjaman perumahan dan pembiayaan kereta atau kad kredit. Kedua, dalam bentuk perkhidmatan atau barang yang dibekal seperti talian telefon, pembelian perabot juga perkakasan elektrik.

Erti kredit institusi (institusional credit) adalah hampir sama seperti runcit namun ia ditawarkan oleh bank atau institusi kewangan dan syarikat-syarikat perdagangan kepada sesebuah entiti yang sah. Syarat kelayakan untuk mendapat kredit adalah mengikut prosedur syarikat masing-masing.

Untuk syarikat perdagangan yang beroperasi bukan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan maklumat kredit bakal pelanggan tidak boleh diakses menerusi Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS). Tidak dinafikan, maklumat kredit di CCRIS adalah terkini kerana semua bank dan institusi kewangan dihubung secara dalam talian. Dalam bahasa yang mudah, khidmat CCRIS hanya untuk bank dan institusi kewangan.

Maklumat dalam borang permohonan kredit dan kertas kerja sudah terisi tetapi bagaimana pula justifikasi? Prosedur kami, risiko kredit perlu berada di paras minimum dan tahap keupayaan kredit bakal pelanggan perlu dikaji dan salah satu sumber adalah menerusi CTOS Sdn. Bhd. Banyak kes yang kami simpulkan sebagai klasik kerana berjaya mengesan permohonan kredit oleh syarikat dan individu yang mempunyai tahap kredit tidak sihat.

Contoh menarik ingin dikongsi bersama pembaca iaitu ketika seorang individu datang memohon kredit tetapi namanya (sebagai penjamin) telah disenarai di CTOS berikutan baki pinjaman peribadi sebanyak RM3,000 tidak dijelaskan oleh peminjam. Secara sinis beliau menjelaskan bahawa tiada masalah bagi dirinya disenarai hitam dan berharap orang lain tidak lagi meminta beliau menjadi penjamin yang kemudiannya menghilangkan diri tanpa menjelaskan hutang.

Di peringkat awal sebelum CTOS dilanggan, jaminan diberi bahawa maklumat bersumber kepada gazet-gazet kerajaan dan iklan-iklan notis kebankrapan, lelongan dan notis penyampaian ganti yang disiarkan di akhbar-akhbar setelah mendapat perintah mahkamah. Kepada pembaca, jika konsistensi maklumat yang diberi CTOS adalah isu utama, kini ia bukan lagi.

Umum tidak mengetahui bahawa ada dua lagi produk CTOS yang disediakan iaitu CTOS Enhanced Database atau CED dan Electronic Trade Reference atau eTR. Saya bukan ingin membuat publisiti percuma untuk CTOS, sekadar ingin berkongsi dengan pembaca bahawa ini adalah khidmat yang khusus untuk pelanggan mereka.

Hasil daripada khidmat CTOS seperti tersebut di atas, sejumlah hutang lapuk telah dipulihkan dan ini adalah angka untung kepada sesebuah syarikat perdagangan.

Masalah yang dihadapi sebagai pelanggan CTOS ialah kualiti maklumat yang tidak dikemas kini dari masa ke masa. Penjelasan CTOS berhubung perkara ini mudah diterima dengan alasan kurangnya iklan melucut status bankrap diterbitkan oleh pihak-pihak berwajib.

Kenyataan oleh Presiden FOMCA yang disiar di ruangan Forum terbitan 2 Julai 2007 bahawa bakal peminjam (yang gagal dapat pinjaman) dibebankan kerana perlu mengemas kini maklumat kepada biro maklumat kredit seperti CTOS walhal ini bukan tanggungjawab mereka, perlu diperjelas supaya tiada cerita “Bangau oh Bangau” selepas ini.

Diharap lawatan 10 Julai 2007 oleh pegawai dari peringkat kementerian dan penguat kuasa undang-undang dapat merungkai kekeliruan dan kekusutan polemik yang wajarnya ditangani secara seimbang demi kemakmuran ekonomi negara.

– NAZA HASAN,

Cheras, Kuala Lumpur.

1 comment:

Unknown said...

Kami telah menyediakan lebih daripada $ 1 Billion pinjaman perniagaan kepada lebih 15,000 pemilik perniagaan seperti anda. Kami menggunakan teknologi risiko ditetapkan kita sendiri untuk menyediakan anda dengan pinjaman perniagaan yang betul supaya anda boleh mengembangkan perniagaan anda. Perkhidmatan kami adalah cepat dan boleh dipercayai, pinjaman diluluskan dalam tempoh 24 jam selepas permohonan yang berjaya. Kami menawarkan pinjaman dari jarak sekurang-kurangnya $ 5000 kepada maksimum $ 20 juta.Kita disahkan dan privasi anda adalah 100% selamat dengan kami. Jangan lagi risau tentang pinjaman atau kewangan anda. Hubungi kami hari ini melalui: standardonlineinvestment@gmail.com

Mendapatkan kelulusan pinjaman segera anda